* * * * * * *

Iqra bismi rab bikal lazi khalaq....

Lautan yang luas dan dalam sekalipun tidak pernah menolak setitis air yang datang padanya

TUHAN DALAM AGAMA BUDDHA

Al-Kisahnya
Perlu ditekankan bahwa Buddha bukan Tuhan.

Konsep ketuhanan dalam agama Buddha berbeda dengan konsep dalam agama Samawi dimana alam semesta diciptakan oleh Tuhan dan tujuan akhir dari hidup manusia adalah kembali ke sorga ciptaan Tuhan yang kekal.

Ketahuilah para Bhikkhu bahwa ada sesuatu Yang Tidak Dilahirkan, Yang Tidak Menjelma, Yang Tidak Tercipta, Yang Mutlak. Duhai para Bhikkhu, apabila Tidak ada Yang Tidak Dilahirkan, Yang Tidak Menjelma, Yang Tidak Diciptakan, Yang Mutlak, maka tidak akan mungkin kita dapat bebas dari kelahiran, penjelmaan, pembentukan, pemunculan dari sebab yang lalu. Tetapi para Bhikkhu, karena ada Yang Tidak Dilahirkan, Yang Tidak Menjelma, Yang Tidak Tercipta, Yang Mutlak, maka ada kemungkinan untuk bebas dari kelahiran, penjelmaan, pembentukan, pemunculan dari sebab yang lalu.

Ungkapan di atas adalah pernyataan dari Sang Buddha yang terdapat dalam Sutta Pitaka, Udana VIII : 3, yang merupakan konsep Ketuhanan Yang Maha esa dalam agama Buddha. Ketuhanan Yang Maha esa dalam bahasa Pali adalah Atthi Ajatam Abhutam Akatam Asamkhatam yang artinya “Suatu Yang Tidak Dilahirkan, Tidak Dijelmakan, Tidak Diciptakan dan Yang Mutlak”. Dalam hal ini, Ketuhanan Yang Maha esa adalah suatu yang tanpa aku (anatta), yang tidak dapat dipersonifikasikan dan yang tidak dapat digambarkan dalam bentuk apa pun. Tetapi dengan adanya Yang Mutlak, yang tidak berkondisi (asankhata) maka manusia yang berkondisi (sankhata) dapat mencapai kebebasan dari lingkaran kehidupan (samsara) dengan cara bermeditasi.

Dengan membaca konsep Ketuhanan Yang Mahaesa ini, kita dapat melihat bahwa konsep Ketuhanan dalam agama Buddha adalah berlainan dengan konsep Ketuhanan yang diyakini oleh agama-agama lain. Perbedaan konsep tentang Ketuhanan ini perlu ditekankan di sini, sebab masih banyak umat Buddha yang mencampur-adukkan konsep Ketuhanan menurut agama Buddha dengan konsep Ketuhanan menurut agama-agama lain sehingga banyak umat Buddha yang menganggap bahwa konsep Ketuhanan dalam agama Buddha adalah sama dengan konsep Ketuhanan dalam agama-agama lain.

Bila kita mempelajari ajaran agama Buddha seperti yang terdapat dalam kitab suci Tipitaka, maka bukan hanya konsep Ketuhanan yang berbeda dengan konsep Ketuhanan dalam agama lain, tetapi banyak konsep lain yang tidak sama pula. Konsep-konsep agama Buddha yang berlainan dengan konsep-konsep dari agama lain antara lain adalah konsep-konsep tentang alam semesta, terbentuknya Bumi dan manusia, kehidupan manusia di alam semesta, kiamat dan Keselamatan atau Kebebasan.

Di dalam agama Buddha tujuan akhir hidup manusia adalah mencapai kebuddhaan (anuttara samyak sambodhi) atau pencerahan sejati dimana batin manusia tidak perlu lagi mengalami proses tumimbal lahir. Untuk mencapai itu pertolongan dan bantuan pihak lain tidak ada pengaruhnya. Tidak ada dewa – dewi yang dapat membantu, hanya dengan usaha sendirilah kebuddhaan dapat dicapai. Buddha hanya merupakan contoh, juru pandu, dan guru bagi makhluk yang perlu melalui jalan mereka sendiri, mencapai pencerahan rohani, dan melihat kebenaran & realitas sebenar-benarnya.

Teladan dari kisah hidup Siddhartha  Gautama Buddha, Anak seorang Raja dari Nepal (Ada yang percaya, India), menjadi cahaya penglihatan bagi orang-orang buta zaman itu. Beliau dilahirkan dalam keluarga Hindu dan tertarik dengan Agama Buddha, Sebenarnya Agama Buddha sudah ujud sebelum Siddhartha Gautama Buddha lahir. Beliau hanya memperbaiki, menyusun semula, menyebarkan ajaran agama Buddha.  Beliau keluar dari Agama Hindu dan menganut ajaran Agama Buddha kerana beliau tidak sepadan dengan pemujaan dan sembah berhala atau tokong yang penganut agam Hindu lakukan dan tidak setuju dengan sistem kasta agama Hindu.

Sekarang  Siddhartha Gautama Buddha pula disembah berhala dan atau dipuja oleh Penganut Agama Buddha. Mereka sudah melupakan ajaran sebenar Gautama Buddha dan membuat sesuka hati mereka.

Soalan-soalan yang sering dipanahkan terhadap kehidupan  Siddhartha Gautama Buddha ialah :
1.) Kenapa Siddhartha meninggalkan Kerajaannya, sedangkan beliau masih boleh menjadi seorang Buddha yang baik, sambil hidup di istana dan memerintah negaranya.

Setiap orang yang lahir ke dunia ini ada peranannya sendiri di dunia ini. Apabila seorang Guru lahir ke dunia ini; Beliau pasti akan dilahirkan di sebuah keluarga pembesar dan di sebuah keluarga yang dihormati orang ramai. Ibu bapanya mestilah seorang yang suci dan benar. Ini Hukum alam. Sebab itu   Siddhartha Gautama Buddha dilahirkan di keluarga Raja tetapi beliau bukan Raja, sebaliknya Beliau Maharaja.

Kita orang biasa mungkin tidak tahu motif kelahiran kita, tetapi seorang Guru pasti kenal dan faham motif  kelahirannya dari kecil lagi. Sebab itu beliau tidak berminat dengan pemerintahan, kerajaan dan kemewaan. Siddhartha Gautama Buddha lahir ke dunia ini untuk membawa manusia ke jalan kebenaran dan mengajar mereka rahsia kehidupan dan bukan untuk menjajah mereka.

2.) Kenapa beliau meninggalkan Isteri dan Anaknya yang masih kecil?.  Tidakkah Beliau berdosa apabila meninggalkan, Isteri dan Anak?.
Setiap sesuatu yang berlaku dalam kehidupan kita pasti ada sebab dan karmanya tersendiri. Seseorang hidup sebagai suami isteri, ibu bapa dan anak, ahli keluarga hanya kerana ikatan karmanya. Kenapa pula karmanya sebegitu?. Kerana Beliau sebagai seorang Guru kena jadi contoh yang baik dan benar.

Beliau meninggalkan segala-galanya Istananya, Kerajaannya, Kemewahannya, Keindahannya, Isterinya, Anaknya dan semuanya hanya untuk mencari kebenaran kehidupan. Hanya kerana ingin mengenal dengan Dirinya dan dengan Tuhannya.

Beliau ditakdirkan lahir di keluarga Raja, berkahwin dan beranak, supaya orang lain dapat menerima ajarannya. Ajarannya yang terpenting ialah Meninggalkan keindahan dunia. Meninggalkan Ego. Meninggalkan perasaan tamak. Apabila beliau hendak mengajar orang sebegitu beliau perlu menjadi contoh yang pertama. Sebab itulah beliau berkahwin dan beranak dan bukan kerana tujuan lain.

Katakanlah beliau seorang miskin dari keluarga yang biasa, tiada isteri dan anak. Adakah ajarannya akan diterima?. Adakah orang akan percaya kepadanya?.  Sudah tentu tidak! Apabila beliau berkata Meninggalkan keindahan dunia. Meninggalkan Ego. Meninggalkan perasaan tamak. Orang mesti menjawab Awak miskin, Awak tiada keluarga, awak tiada anak bini sebab itulah kamu mengajar seperti itu kepada kami. Mana mungkin orang menerima ajarannya kalau kehidupannya sebegini?.

Ajaran penting Siddhartha Gautama Buddha ialah :
Dunia ini bukan tempat kita yang sebenar. Manusia lahir dan terseksa di dunia ini kerana perasaan tamaknya. Egonya menyebabkan manusia dilahirkan kembali, Apabila seseorang mengenali dirinya sendiri, dia akan bebas dari ikatan karma dan kitaran kehidupan.

********************************************************

TUHAN DALAM AGAMA HINDU


Kalau kita tanya seorang penganut agama Hindu yang sebenar; Berapakah Tuhan kamu ? Secara spontan, Dia akan menjawab satu. Kalau kita tanya lagi siapakah Tuhan Kamu ?. Sekarang dia akan terasa keliru sedikit untuk menjawab, mungkin sebab dia tidak pernah fikirkannya atau pun mungkin kerana dia telah diajar yang bukan-bukan oleh ketua agamanya.



Ajaran Agama Hindu yang sebenar ialah, Tuhan hanya satu dan manusia tidak boleh menduakannya dan tidak boleh menyembah berhala. Asas ajaran  kitab-kitab suci (Veda) Agama Hindu ialah (Ondre Kulam Oruvane Dhevan) yang bererti semua manusia adalah kaum yang sama dan Tuhan hanyalah satu. (Vasudeva Kudumbaka) semua manusia adalah dari sebuah keluarga yang sama ataupun semua manusia adalah dari asal Tuhan yang sama.
Pada zaman dahulu masyarakat India, Khasnya masyarakat India Selatan telah sangat maju dalam bidang perubatan, bidang astrologi, bidang matematik, bidang kajian ruang angkasa, Yoga, Ilmu batin dan sebagainya. Kalau berbanding dengan kaum lain  di dunia mereka lebih maju 1500 tahun ke hadapan. Sebuah kaum yang sebegitu maju dan berilmu tinggi; kalau dikatakan sembah berhala, Ia tak mungkin boleh berlaku.

Dari mana asalnya sembahan berhala dalam Agama Hindu
Sembahan berhala yang Kaum Hindu buat sekarang dan kepercayaan-kepercayaan mereka sekarang telah diajar oleh Kaum Aryan. Kaum Aryan adalah sebuah kaum Yahudi yang berasal dari Germany dan Iran yang telah pergi ke India sebagai pelarian. Kaum Aryan yang berkulit cerah dan tinggi bentuk badannya jika berbanding dengan penduduk asal India berkulit gelap dan ketinggian rendah.
Setelah Kaum Aryan sampai di India; mereka telah dihormati dan di terima oleh penduduk asal India. Kaum Aryan telah menyalah gunakan penghormatan itu dan menakluki mereka. Kaum Aryan  berjaya masuk ke dalam Istana dan mengawal Raja dan pemerintahannya dengan menghadiahkan wanita-wanita muda yang jelita kepada Raja-raja yang memerintah India pada zaman itu.
Kaum Aryan yang datang ke India untuk menyelamatkan diri dan mencari makanan telah menakluki penduduk asal India secara perlahan-lahan dan menjadikan penduduk asalnya sebagai hamba mereka. Secara diam-diam kaum Aryan telah menyebarkan ajaran Tuhan palsu mereka kepada Raja dan penduduk India. Kitab-kitab suci (Veda) agama Hindu telah dirampas dan disorok dari pandangan kaum hindu supaya mereka tidak kenal dan faham ajaran agama sebenar mereka.

Sehingga hari ini hanya keturunan Aryan yang dibenarkan untuk mempelajari dan mengkaji kitab suci mereka (Veda). Semua kaum Hindu yang lain tidak dibenarkan membaca; walaupun mendengar kitab suci (Veda) Hindu dengan nama Kasta. Ajaran agama yang mereka berikan kepada penduduk India zaman itu telah di bawah berturun temurun sehingga sekarang.
Beberapa ayat dari Upanishad (Kitab Suci) agama Hindu
“Ekam evadvitiyam”
“DIA hanya satu tanpa yang kedua.”
 [Chandogya Upanishad 6:2:1]1
“Na casya kascij janita na cadhipah.”
” Hanya Dia tanpa ibu bapa dan Tuan.”
 [Svetasvatara Upanishad 6:9]2

“Na tasya pratima asti”
“Tiada yang sama denganNya.”
[Svetasvatara Upanishad 4:19]3

Dalam ayat berikut Upanishad melarang manusia dari sembah Tuhan dalam sesuatu rupa &  bentuk.

“Na samdrse tisthati rupam asya, na caksusa pasyati kas canainam.”
“RupaNya tidak dapat dilihat; Tiada siapa yang pernah melihatNya dengan Mata.”
Svetasvatara Upanishad 4:20]4
Tuhan hanya satu…yakni "ALLAH S.W.T"
Malaysia Flag Orb