* * * * * * *

Iqra bismi rab bikal lazi khalaq....

Lautan yang luas dan dalam sekalipun tidak pernah menolak setitis air yang datang padanya

Langkah yang perlu diambil;

001 .1 APABILA TELAH SAH KEMATIAN
001.1.1 Tukar pakaianya
001.1.2 Bersihkan kotoran dibadan atau yang keluar dari dubur.
001.1.3 Rapatkan kedua belah matanya
001.1.4 Qiamkan tangannya seperti dalam Solat
001.1.5 Rapatkan mulutnya
001.1.6 Ikat didagu simpul diubunnya
001.1.7 Luruskan kakinya , ikat ibujarinya
001.1.8 Letakkan di tempat yang tinggi
001.1.9 Hadapkan ke Qiblat


001.2 YANG LEBIH BERHAK MENGURUSKAN
001.2.1 Kalangan keluarga
001.2.2 Waris terdekat
001.2.3 Individu yang ahli

001.3 MESYUARAT PENGURUSAN JENAZAH
(Satu mesyuarat sebaiknya dijalankan untuk membuat beberapa ketetapan dalam menguruskan jenazah, lebih afdal waris ter dekat simati menjadi amir dan pihakPPJ akan mengkoodinasi kan mesyuarat )
Agendanya adalah seperti berikut :-
001.3.1 Ucapan takziah
001.3.2 Urusan balai Polis
001.3.3 Surat Doktor jika mati di hospital
001.3.4 Penetuan masa untuk
001.3.4.1 Memandikan
001.3.4.2 Menyembahyang
001.3.4.3 Mengkebumi
001.3.5 Menetapkan tempat mengkebumi
001.3.6 PPJ akan menguruskan dengan sempurna
001.3.6.1 Mandi jenazah
001.3.6.2 Kapan Jenazah
001.3.6.3 Penggalian Kubur
001.3.6.4 Pengangkutan
001.3.6.5 Sembahyang Jenazah
001.3.6.6 Proses pengkebumian

001.4 URUSAN CALL CENTRE e-Jenazah
001.4.1 Pengesahan
001.4.2 Kordinasi PPJ
001.4.3 Transportasi inbound / outbound
001.4.4 Sebaran SMS
001.4.5 Pemantauan


Memandikan Jenazah

002 .1 PERSEDIAN SEBELUM MANDI JENAZAH
002.1.1 Kain kapan - lelaki dewasa 15 meter , perempuan dewasa 20 meter
002.1.2 Kapur barus
002.1.3 Kayu Cendana
002.1.4 Air mawar
002.1.5 Bunga
002.1.6 Sintok
002.1.7 Sarung tangan , kain sugi dan kain murung
002.1.8 Minyak Wangi
002.1.9 Sabun dan daun bidara

002.2 KAEDAH MEMANDIKAN JENAZAH
(Sekurang kurangnya dengan meratakan air ke seluruh tubuh badan mayat sehingga semua najis dibersihkan ( hingga ke faraj bagi wanita dan kedalam kulub zakar bagi lelaki)
002.2.1 Mandikan di tempat yang tertutup
002.2.2 Sentiasa menjaga kehormatan dan sensitiviti mayat dan waris zahir dan batin
002.2.3 Tanggal pakaian dan tutup kemaluan mayat dengan kain
002.2.4 Baringkan diatas takung mandi mayat atau se keping papan dan tinggikan dari lantai.
002.2.5 Gunakan air tawar atau air masin yang sejuk tetapi jika air terlalu sejuk boleh dicampur sedikit air panas.
002.2.6 Bersihkan semua najis yang terdapat pada tubuh mayat termasuk menekan perutnya untuk mengeluarkan najis .
002.2.7 Terlentangkan mayat dan cuci kemaluannya den gan tangan kiri yang bersarung.
002.2.8 Bersihkan gigi, mata, lubang hidung, telinga dan celah celah kuku.
002.2.9 Basuh kepala dan janggut, sikat rambut berhati hati, rambut yang gugur selepasa atau sebelum dimandikan hendaklah dikapankan bersama sama mayat.
002.2.10Jirus perlahan lahan bermula dari bahagian hada pan sebelah kanan tengkuk ke hujung jari kaki.
002.2.11Miringkan mayat sebelah kiri untuk menjiruskan sebelah kanan sebelum menjirus sebelah kiri. Se masa menjirus gosiklah dengan sabun.
002.2.12Selepas dimandikan mayat hendaklah diwuduk kan.

002 .3 YANG LAYAK MEMANDIKAN JENAZAH
002.3.1 Mayat Lelaki
002.3.1.1 Tukang mandi lelaki
002.3.1.2 Isteri
002.3.1.3 Mahram
002.3.1.4 Jika tiada satupun yang diatas mandikan jenazah dengan cara tayamum sahaja
002.3.2 Mayat Wanita
002.3.2.1 Tukang mandi Wanita
002.3.2.2 Suami
002.3.2.3 Mahram
002.3.2.4 Jika tiada satupun yang diatas mandikan jenazah dengan cara tayamum sahaja
002.3.3 Mayat kanak-kanak boleh dimandikan oleh tukang mandi lelaki atau perempuan

002.4 LAFAZ LAFAZ NIAT DALAM URUSAN MANDI JENAZAH

002.4.1 Niat mandi jenazah lelaki
“ SAHAJA AKU MANDIKAN JENAZAH LELAKI INI KERANA ALLAH TAALA”.

002.4.2 Niat mandi jenazah wanita
“ SAHAJA AKU MANDIKAN JENAZAH WANITA INI KERANA ALLAH TAALA”

002.4.3 Niat mewudukkan jenazah lelaki
“SAHAJA AKU BERNIAT MEWUDUKKAN MAYAT LELAKI INI KERANA ALLAH TAALA”

002.4.4 Niat mewudukkan jenazah wanita
“SAHAJA AKU BERNIAT MEWUDUKKAN MAYAT WANITA INI KERANA ALLAH TAALA”

SABDA RASULLLAH SAW : ‘Mandikanlah dia tiga atau lima kali atau lebih jika kamu pandang baik lebih dari itu hendaklah dengan air serta daun bidara dan basuhlah yang penghabisan sekali hendaklah dicampurkan dengan kapur barus’

MENKAFAN JENAZAH

003 .1 TATACARA MENGKAFAN JENAZAH
003.1.1 Kain kafan
Kain berwarna putih disediakan dalam 3 lembar untuk mayat lelaki dewasa atau kanak kanak dan 5 lembar untuk mayat wanita dengan sususnan yang paling lebar diletakkan dibawah. Setiap lembar disapu dengan wagian, serbuk kapur barus,kayu cendana atau minyak

003.1.2 Tali Pengikat
Sediakan tali pengikat sebanyak 3 atau 5 utas yang diletakkan dibawah kain kafan tersebut.

003.1.3 Kapas
Kapas yang disapu dengan wangi wangian dan kayu cendana, digunakan untuk menutup
i. Kemaluan
ii Wajah
iii Kedua buah dada
iv Kedua telinga
v Kedua siku tangan
vi Kedua tumit

003.1.4 Angkat mayat dengan berhati hati kemudian baringkan diatas kain kafan yang telah dibentang kan.
003.1.5 Tutup jenazah dengan kapas di bahagian bahagian yang telah dinyatakan dalam 003.1.3.
003.1.6 Selimutkan jenazah dengan kain kafan dari lembar paling atas sampai lembar paling bawah.
003.1.7 Ikat dengan tali pengikat di 3-5 ikatan.
003.1.8 Semua tali pengikat hendaklah disimpul hidup di sebelah kiri.
003.1.9 Sebelum diikat bahagian kepala izinkan waris melihat atau menciumnya.
003.1.10 Tulislah kalimah ALLAH dan MUHAMMMAD didahi mayat menggunakan minyak wangi.
003.1.11 Setelah siap diikat, renjislah dengan air mawar dan sapulah minyak wangi.

SOLAT JENAZAH

004 .1 TATACARA SOLAT JENAZAH
004.1.1 Hukum
Mayat hendaklah dimandi dan dikafankan sebelum disembahyangkan. Syarat-syarat menyembahyangkan jenazah termasuklah berpakain bersih, menutup aurat, berwuduk dan mengadap kiblat. Mayat hendaklah diletakkan dihadapan orang yang menyembahyangkannya kecuali sembahyang ghaib.

004.1.2 Rukun
004.1.2.1 Berniat “ sahaja aku sembahyang keatas mayat yang hadir ini fardu kifayah, empat takbir kerana Allah Taala”
004.1.2.2 Berdiri tegak ( bagi berkuasa )
004.1.2.3 Takbir 4 kali termasuk takbiratulihram.
004.1.2.4 Membaca Al-Fatihah seelok-eloknya selepas takbir yang pertama.
004.1.2.5 Selawat atas nabi Muhammad SAW.
004.1.2.6 Medoakan mayat selepas takbir ketiga.
004.1.2.7 Memberi salam

004.1.3 Kaedah
004.1.3.1 Paling utama dikerjakan secara berjemaah.
004.1.3.2 Jadikan 3 saf dengan sekurang kurangnya 2 orang satu saf.
004.1.3.3 Kedudukan imam bagi jenazah lelaki - searah kepala.
004.1..3.4 Kedudukan imam bagi jenazah wanita - searah lambung tau tengah.

MENGKEBUMIKAN JENAZAH

Sebaik jenazah telah selesai disembahyangkan hendaklah dikebumikan segera. Sunat jenazah usung melalui emapt penjuru dengan didahulukan kepalanya. Mengikut imam As-Syafie - orang yang menghantar jenazah boleh berjalan mendahului jenazah menakala jenazah diusung di belakang.

005 .1 KUBUR DAN LIANG LAHAD
005.1.1 Lubang kubur adalah sekadar ukuran muat mayat dan dalamnya lebih kurang 4 hasta. Kedalaman kubur hendaklah sehingga tidak dapat dibongkar oleh binantang atau terhidu bau busuknya.
005.1.2 Sunat liang kubur mempunyai lahad iaitu lubang kecil didasar kubur.

005.2 MENGUSUNG JENAZAH KE KUBUR
005.2.1 Pengusung hanyalah lelaki sahaja baik mayat lelaki atau wanita
005.2.2 Keranda jenazah perlulah diangkat dengan berhati-hati dan perlahan-lahan.
005.2.3 Sebelum melangkah ke kubur seelok-eloknya membaca surah Alfatihah.
005.2.4 Memperbanyakkan membaca ayat ayat suci Al Quran dan selawat semasa dalam perjalanan.
005.2.5 Jangan bercakap dengan suara kuat , walaupun membaca AlQuran atau berzikir tambahan pula bercakap hal dunia, adalah lebih baik bertafakur.

005.3 MENGKEBUMI JENAZAH
005.3.1 Dilarang duduk sebelum mayat diletakkan di atas tanah.
005.3.2 Menurunkan jenazah dalam kubur
005.3.2.1 Letakkan kepala jenazah dikaki kubur.
005.3.2.2 Masuk beberapa orang dalam kubur, lebih diutamakan orang yang bersembahyang tadi atau yang faqih, afdal suami untuk jenazah isteri.
005.3.2.3 Hulur jenazah dengan mendahulukan kepala.
005.3.3 Baringkan jenazah diatas lambung kanannya
005.3.4 Wajib menghadapkan jenazah kearah Qiblat.
005.3.5 Buka ikatan kain kafannya.
005.3.6 Buka kain yang menutup muka mayat supaya mukanya mencecah tanah.
005.3.7 Sendalkan dengan ketulan-ketulan tanah supaya jenazah tidak terbalik daripada menghadap kiblat.
005.3.8 Tutup lubang kubur dengan papan atau tutup keranda.
005.3.9 Timbus tanah perlahan-lahan sehingga rata.

005.4 WAKTU MENGKEBUMIKAN JENAZAH
Jenazah boleh dikebumikan bila-bila masa sahaja , waktu terbaik bagi mengkebumikan jenazah di waktu siang berdasarkan hadith Rasulullah SAW , maksudnya “ Janganlah kamu menguburkan mayat diantara kamu diwaktu malam kecuali terpaksa”

005.5 PERKARA SUNAT KETIKA MENGEBUMI
005.5.1 Bilangan yang ganjil masuk ke kubur untuk menerima mayat.
005.5.2 Dahulukan kepala jenazah semasa menghulurkan ke kubur.
005.5.3 Buat 3 ketul tanah dan letakkan dibahagian kepala mayat semasa dalam kubur.
005.5.4 Menudung atau memayung kubur semasa mayat dikebumi.
005.5.5 Ditinggikan tanah kubur sejengkal dari bumi.

005.6 PERKARA YANG MAKRUH
005.6.1 Bermalam ditanah perkuburan
005.6.2 Duduk atau memijak kubur tanpa hajat
005.6.3 Meletak benda putih atas kubur seperti kapur.
005.6.4 Menulis nama dan sebagainya pada batu nisan
005.6.5 Membuat binaan atas kubur walaupun diatas tanah persendirian.
005.6.6 Diletakkan hamparan dibawah jenazah dalam kubur.
005.6.7 Diletakkan bantal.
005.6.8 Ditanam dalam kotak atau keranda kecuali tanah perkuburan lembut dan ketika darurat.

005.7 PERKARA HARAM
005.7.1 Membina binaan diatas perkuburan awam.
005.7.2 Memindahkan mayat yang belum ditanam ke tempat yang terlalu jauh dari tempat matinya.
005.5.3 Membongkar tanah kubur selepas ditanam sebelum pasti hancurnya mayat.
005.5.4 Menanam dua jenazah dalam satu kubur kecuali dalam keadaan darurat.

005.8 PERKARA YANG SUNAT SELEPAS PENGEBUMIAN
005.8.1 Meninggikan kubur sekadar sejengkal .
005.8.2 Letakkan batu nisan supaya senang dikenali dan lebih utama batu hidup.
005.8.3 Menyiram / merenjis air atas kubur selepas mengebumi.
005.8.4 Sunat ditanam pokok atas kubur, kerana ianya mendoakan keampunan bagi jenazah.

SUMBER DARIPADA:
0 Responses

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Malaysia Flag Orb